Sunday, September 19, 2010

Friday, September 3, 2010

JOM rakam foto RAYA..

Assalamu'alaikum. Mungkin tidak terlalu awal saya mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada rakan-rakan sekalian. Dalam kita bersedih dengan pemergian Ramadhan tidak kurang juga ternanti-nanti dengan kedatangan Syawal. Bila terlalu sibuk dengan Ramadhan & Syawal mungkin kita terlupa bahawa adalah agak penting kita merakamkan foto saat sedang bergembira. Pada hari raya adalah hari yang sangat sesuai untuk kita merakamkan gambar. Kerana pada hari tersebutlah semua kita memakai pakaian yang cantik dan pada masa tersebut jugak kaum keluarga, sanak saudara rakan dan taulan saling kunjung mengunjung dan berkumpul.

Bila tibanya hari tersebut barulah kita sibuk mengambil foto. Ada yang dapat merakamkan foto yang menarik tetapi kebanyakannya hanya sekadar dapat merakam ala kadar sahaja.

Apalah salahnya kita merancang satu sesi merakam foto sekurang-kurangnya foto famili kita. Biasanya pada hari raya rumah kita, ibu atau nenek kita akan sentiasa dikunjungi. Baru nak bergambar dah pak lang, pak ndak datang. Sudah tentu kita tidak akan sempat untuk mengambil foto keluarga. Kalau sempat pun tentulah dalam keadaan tergesa-gesa. Jadi apa yang perlu kita lakukan?

Apakata tahun ini kita ajak famili kita ketempat menarik untuk merakamkan foto yang hanya dapat kita rakamkan hanya sekali setahun ini. Jommm..









Sila hubungi saya melalui inbox facebook atau email saya shookinski@gmail.com atau tel 019 278 4425 untuk khidmat merakam foto [Famili, Kanak-kanak, baby, majlis aqiqah, pertunangan, pernikahan & perkahwinan]. Pada 11 - 15 Sept 2010 saya akan berada di sekitar kawasan Kamunting, Taiping, Ipoh dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya. Lain dari tarikh tersebut ada di KL.