Monday, August 23, 2010

Damba Cinta Mu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti



Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


* Foto ke 2 adalah foto Surau Assobireen, Taman Sri Raya, Batu 9 Cheras.

Saturday, August 21, 2010

Lagi mempraktikkan 'simple creative shots & composition'

Menjadikan foto yang kita ambil kelihatan menarik dan lain dari yang lain kadang-kadang kelihatan mudah. Kreativiti dalam menggunakan 'environment' atau objek sampingan menjadi penentu. Lihat apa yang saya nak kongsi dengan rakan-rakan semua. Maaf le.. model 'terjun' lagi.. hehe..



















Dengan hanya mengubah sedikit sudut telah membawa perubahan pada foto.






Mendapatkan reflek.
Menggunakan 'landscape'.

Terpulang.. ikut selera masing-masing..

Wednesday, August 18, 2010

Kongsi Ilmu Fotografi S2 – Faham & Tahu Operasi Manual

Salam.. hai kawan-kawan! Ingat tak pada KIF S1 (Kongsi Ilmu Fotografi S1) saya ada sebut teknik adalah no wahid. Tapi sebenarnya sebelum faham teknik fotografi ada yang lebih penting daripada itu. Apa dia tu?

Memahami dan tahu menggunakan kebolehan kamera atau alat yang kita gunakan adalah sangat mustahak. Dengan sebab tahu dan faham kebolehan kamera akan banyak membantu kita menggunakan kamera pada tahap maksima dalam menghasilkan foto yang berkualiti dan kreatif.

Percaya atau tidak masih ramai pengguna kamera tidak benar-benar tahu atau faham dengan mode P, S, A, & M. Belum lagi bab ‘D-Lighting’.


Pesan guru-guru saya ‘master the manual first’. Masalahnya bila kita akan benar-benar master dengan buku manual tu? Kata Ijam, baca apa yang kita minat dan yang akan kita gunakan dahulu. Jangan sampai ada yang tak tahu macamana nak operasi kamera sendiri.


Dalam zaman teknologi sekarang ini banyak cara mudah untuk memahami kamera anda. Mari kita sama-sama menonton video yang saya dapat dari youtube.

Tuesday, August 17, 2010

Thursday, August 12, 2010

Funfair..

Sejak sekian lama aku ingin sangat nak ambik foto sportlight funfair..

Friday, August 6, 2010

Thursday, August 5, 2010

Kongsi Ilmu Fotografi S1 - Kamera Kompak atau DSLR?



Tak dapat dinafikan sama sekali dalam menghasilkan foto yang menarik, teknik adalah nombor wahid. Faktor kelebihan alat adalah yang kedua. Walaubagaimanapun mempunyai kamera yang terhad kebolehannya boleh melambatkan kreativiti dan proses penghasilan foto yang menarik.

Mengambil foto menggunakan kamera kompak dibandingkan dengan DSLR (digital single-lens reflex) sebenarnya boleh diumpamakan dengan memandu kereta gear auto dan manual. Kamera kompak lebih memiliki aturan cahaya dan kamera yang telah diprogramkan secara automatik. Sedangkan DSLR memiliki aturan (setting) cahaya dan kamera yang telah diprogramkan dan juga kelebihan mengawal secara manual.


Persoalannya, dah ada AUTO, apa yang bagus sangat pengawalan secara MANUAL? Jika sekadar untuk dapat foto yang cantik warnanya, jelas, imej yang tajam, AUTO sudah memadai. Tetapi untuk untuk mendapatkan hasil yang agak kreatif, berbeza dan tidak terlalu biasa dengan kemampuan menukar 'single-lens' yang mempunyai kemampuan hebat yang berbeza, pengawalan secara manual adalah keutamaan.

Kesimpulannya, dengan keupayaan kamera kompak yang begitu hebat sekarang ini adalah memadai untuk menghasilkan foto yang menarik. Apa yang perlu adalah teknik dan kreativiti. Tetapi jika anda mahu sesuatu yang lebih hebat, DSLR adalah pilihan. Tepuk dada tanya selera... selamat mencuba.

Demikianlah ceritera dari Pulau Sibu..

Pemandangan yang sukar dicari.. Pulau Sibu dalam kenangan. Entah bila kitakan bersua kembali..

Balik dari snorkeling

Letih jer.. penat main air..

Tuesday, August 3, 2010