Sunday, October 17, 2010

Group Photo 'PASTI Asy-Syakirin Cheras Utara'

Sila klik pada foto untuk zoom..


Sila klik pada foto untuk zoom..


Sila klik pada foto untuk zoom..

Thursday, October 14, 2010

Perlukah Fotografer Memiliki Ilmu Edit Foto?

Assalamu'alaikum rakan-rakan FOTOKRITISM sekalian.

Satu perkembangan yang baik dalam dunia serba digital sekarang ini ialah peminat fotografi begitu bercambah dengan pesatnya. Ramai yang mula berjinak-jinak cuba untuk menjadi fotografer. Apa cukup sekadar pandai mengambil foto?

Kemunculan software untuk edit foto banyak membantu fotografer dalam menghasilkan foto yang menarik walaupun kebanyakan fotografer berpendapat foto yang asli adalah lebih baik. Namun begitu pendapat itu tidak mampu menyekat kewujudan software yang kian bercambah dengan pesatnya. Walaubagaimanapun software yang menjadi pilihan ramai untuk mengedit foto adalah Adobe Photoshop & Adobe Photoshop Lightroom.

Warna tone merubah mood gambar supaya lebih menarik..
Adakalanya kecacatan boleh menonjolkan mesej foto. Adakalanya memperbaiki kecacatan itu lebih baik supaya foto kelihatan sempurna.



Ahad • 7 November 2010 • 8:30am - 4:30pm
BERTEMPAT di Pusat Belia Antarabangsa Cheras (IYC)

Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur, Malaysia

Maklumat lanjut sila klik 

Monday, October 4, 2010

Pantai Marang

Tatkala matahari menyinar menyusuri dahan, menembusi daun, menyebarkan cahayanya kepelusuk alam menyegarkan mata-mata kantuk, menyemarakan warna alam, aku turut bersama menapak pasir, pasrah akan nikmat Allah yang tidak ternilai oleh neraca dunia. Dikala itu aku lantas teringat akan ayat 17 dan 18 surah Ar-Rahman "Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?