Friday, August 6, 2010

Thursday, August 5, 2010

Kongsi Ilmu Fotografi S1 - Kamera Kompak atau DSLR?



Tak dapat dinafikan sama sekali dalam menghasilkan foto yang menarik, teknik adalah nombor wahid. Faktor kelebihan alat adalah yang kedua. Walaubagaimanapun mempunyai kamera yang terhad kebolehannya boleh melambatkan kreativiti dan proses penghasilan foto yang menarik.

Mengambil foto menggunakan kamera kompak dibandingkan dengan DSLR (digital single-lens reflex) sebenarnya boleh diumpamakan dengan memandu kereta gear auto dan manual. Kamera kompak lebih memiliki aturan cahaya dan kamera yang telah diprogramkan secara automatik. Sedangkan DSLR memiliki aturan (setting) cahaya dan kamera yang telah diprogramkan dan juga kelebihan mengawal secara manual.


Persoalannya, dah ada AUTO, apa yang bagus sangat pengawalan secara MANUAL? Jika sekadar untuk dapat foto yang cantik warnanya, jelas, imej yang tajam, AUTO sudah memadai. Tetapi untuk untuk mendapatkan hasil yang agak kreatif, berbeza dan tidak terlalu biasa dengan kemampuan menukar 'single-lens' yang mempunyai kemampuan hebat yang berbeza, pengawalan secara manual adalah keutamaan.

Kesimpulannya, dengan keupayaan kamera kompak yang begitu hebat sekarang ini adalah memadai untuk menghasilkan foto yang menarik. Apa yang perlu adalah teknik dan kreativiti. Tetapi jika anda mahu sesuatu yang lebih hebat, DSLR adalah pilihan. Tepuk dada tanya selera... selamat mencuba.

Demikianlah ceritera dari Pulau Sibu..

Pemandangan yang sukar dicari.. Pulau Sibu dalam kenangan. Entah bila kitakan bersua kembali..

Balik dari snorkeling

Letih jer.. penat main air..

Tuesday, August 3, 2010

Taman Negara Johor..


Perjalanan pulang dari Pulau Sibu singgah di Taman Negara Johor..

Pulau Sibu Beach

Jeti Pulau Sibu..
Masa nak pi snorkeling..
Hampir maghrib..

Sekitar Pulau Sibu

Setiap malam rumput ini dipotong oleh mesin auto... Al-Lembu..
Nak makan.. perut dah menyanyi keroncong untuk ana..
Macamana aku nak naik kayak ni..
Korang jangan tengok aku nak minum.. merah betul sirap ni.. tergoda iman.