Wednesday, August 18, 2010

Kongsi Ilmu Fotografi S2 – Faham & Tahu Operasi Manual

Salam.. hai kawan-kawan! Ingat tak pada KIF S1 (Kongsi Ilmu Fotografi S1) saya ada sebut teknik adalah no wahid. Tapi sebenarnya sebelum faham teknik fotografi ada yang lebih penting daripada itu. Apa dia tu?

Memahami dan tahu menggunakan kebolehan kamera atau alat yang kita gunakan adalah sangat mustahak. Dengan sebab tahu dan faham kebolehan kamera akan banyak membantu kita menggunakan kamera pada tahap maksima dalam menghasilkan foto yang berkualiti dan kreatif.

Percaya atau tidak masih ramai pengguna kamera tidak benar-benar tahu atau faham dengan mode P, S, A, & M. Belum lagi bab ‘D-Lighting’.


Pesan guru-guru saya ‘master the manual first’. Masalahnya bila kita akan benar-benar master dengan buku manual tu? Kata Ijam, baca apa yang kita minat dan yang akan kita gunakan dahulu. Jangan sampai ada yang tak tahu macamana nak operasi kamera sendiri.


Dalam zaman teknologi sekarang ini banyak cara mudah untuk memahami kamera anda. Mari kita sama-sama menonton video yang saya dapat dari youtube.

2 comments:

Aishah Jamal said...

Baguslah shook ni sebab berkongsi ilmu.
Saya ni kalu nak suruh posing tu reti lah nak ambik gmbr yg cantik suh org lain je..

Shook said...

Nak posing pun susah jugak.. kalau tak percaya mari kita buat photoshooting.. hehe..
Alangkah baiknya jika kita dpt snap foto yg berkualiti ketika perlu. Fikir2kan lah.. Teruskan memberi komen.. TQ.