Hari bondaku memanggil
minta diurutkan pinggang
anakmu mohon mencium jari jemari,
mohon mencium pipi bonda
tiada daya kerna kerja
mohon ditangguh
mudah-mudahan tiada siksa
mudah-mudahan tiada murka
mudah-mudahan tiada lintas derhaka
tundaku harapnya sekelip tanda
sekadar tiada tara secubit rasa
moga diampunkan..
semoga sentiasa dalam redha..
bonda..
Allah azzawajalla.
~ shookree zain 12 Muh 1433 06:51 ~
No comments:
Post a Comment